Sekali lagi saya ternampak album kat 'facebook' kawan.Kawan saya ini sudah berkahwin.Kedua-duanya masih belajar di UIA.Saya suka sangat tengok gambar-gambar mereka berdua.Sungguh 'sweet'!Kadang-kadang,timbul perasaan cemburu dalam hati ni.
Tak patut rasanya saya berperasaan macam tu.Huhu..Ada orang kata,kahwin sewaktu masih belajar susah.Tapi,bagi saya pula,kahwin ketika masih belajar tak ada salahnya dan tak susah asalkan masing-masing tahu membahagikan masa dengan baik.
Kadang-kadang terdetik juga di hati saya ini,alangkah bagusnya kalau saya berkahwin awal.Senang,tak payah lagi nak fikir macam-macam.Kalau nak keluar berpimpin tangan dengan 'laki' pun tak mengapa kerana 'laki' itu dah jadi suami saya yang sah.Tambahan lagi,saya sudah ada seseorang yang boleh menjaga saya dan apa-apa sahaja yang tak boleh buat,dah boleh buat.Maksud saya,kalau saya rindu ke,apa ke,ada 'reward' nya sebab orang yang saya rindu itu adalah suami saya sendiri.
Haish,saya ni dah mula berangan nampaknya.Hahaha.Sesengguhnya ALLAH maha tahu apa yang terbaik untuk saya.Saya hanya perlu terus berdoa supaya ALLAH sentiasa menjaga saya daripada melakukan perkara-perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada saya.
AMIN.
p/s:bersabar dan berdoa...
No comments:
Post a Comment