Saturday, 21 December 2013

Demi Cinta Suci





Pernah hatiku luka pedih 
Kerana dicalari cinta penuh duri 
Lemas aku dalam dilema 
Kata janji manis sungguh tak bermakna 

Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih 
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami 
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa 
Kau sebutir pasir tak berharga

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci 
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri 
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya 
Menyubur iman di dalam jiwa 

Demi cinta yang suci 
Ku rela korbankan kepentingan diri 
Demi sinar bahagia 
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa 
Demi cinta hakiki 
Ku sanggup redahi apa yang terjadi 

Apalah erti cinta suci 
Andai janji-janji sering dimungkiri 
Apalah erti cinta murni 
Andai kata-kata sering didustai



p/s: easy to forgive, hard to forget.

Saturday, 14 December 2013

S.A.B.A.R

Di satu malam...

A : Eh, kenapa ni? Sedih je aku tengok.
B : Ntahlah..aku tak taw nak cerita macam mana...
(tetibe si B mengalirkan air mata)

A : Weyy, kenapa nanges niii? Tell me, whats your problem actually?
(si A mula gabra sambil memegang tangan si B)

B : Aku sedih sangat..i dunno why but kadang2 aku rasa sangat kecewa...
A : What? Kecewa ape ni? Ok, let me guess..ni mesti pasal hari tu kan..?kan? Kau still teringat lagi ke pasal tuh?
B : I dont want to remember about that, tp kadang2, benda2 tu dtg dalam fikiran aku...and bila benda tu datang, aku jadi sedih.Why he did this to me? Why?
(B menangis lagi)

A : Babe, i know what you feel right now. And i know its really hurt. But you have to sabar. Nothing yang ALLAH bagi without reason okay. You have to move on and let it be.
B : Its really hurt A. (B menangis teresak2). Aku bukan ape weyy,aku terkilan sangat dengan apa yang dia dah buat pada aku. Kenapa dia tak terus terang je dengan aku? Why he just senyap macam tu je after he 'got' my heart and tuptup, he's married with another woman. Why weyy? Why??
(B keep crying)

A : B, sabar kayh. I know kau kuat and kau boleh handle this problem. Sabar is very hard...but, in the end, kau akan rasa kemanisan dia. Seriously babe.
B : Mana kau tahu kalau aku sabar, di akhirnya nanti ada manis?
A : Because aku pernah macam kau.
(B stop crying and looking at A. They hug.)

the end.


p/s : 

Friday, 6 December 2013

Lelaki Itu.

Salam.

   Malam ini, sejuk. Maklumlah, malaysia sekarang bermusim hujan. 

   Malam ini terasa benar hati aku mahu mencoret serba sedikit tentang seseorang.

   Seseorang yang sungguh istimewa dalam hati aku. Ya, seseorang itu adalah insan yang sudah lama aku rindu. Rindu yang paling dalam sudut hati aku. Dan seseorang itu adalah dia, lelaki itu.

YOP.

   Setiap kali aku meletakkan status YOP di laman 'mukabuku' ku mahupun 'kercipan', pasti ada yang bertanya;

"Siapa YOP?''
"Is he your BF?''

Blablablabla.

Dan ini jawapanku..,

   YOP, sepupu aku yang paling rapat dengan aku. Satu-satunya lelaki yang dekat benar dengan hati dan diri aku. Kami akrab sejak kami kecil. Banyak memori manis aku dan YOP yang tak mungkin aku nukilkan disini. Dan memori itu akan tetap terpahat di hati, minda dan mataku sampai bila-bila.

   YOP pergi menemui yang Maha Cinta sudah lama. Kira-kira 18 tahun yang lepas. Kini, tiada yang sama seperti YOP. Dan sungguh, YOP tiada dua bagi aku.


gambar aku dan sepupu-sepupuku yang lain. aku sendiri tidak tahu dan tidak ingat bila gambar ini diambil oleh ibu saudaraku, cikla. itu, di dalam bulatan itu adalah aku dan yop.


raya terakhir dan gambar terakhir aku bersama yop.  hari terakhir yop memimpin tanganku ke surau untuk solat sunat hari raya. Allah, sebak hati aku dibuatnya. gambar ini diambil seolah-olah mengetahui yop akan meninggalkan aku buat selama-lamanya.

   Cukup sampai disini aku nukilkan tentang YOP, si kekasih hati aku. Dan memori itu, akan terus dan tetap mekar dalam hati aku.


"Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalau dah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal ku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesunyian
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hati mu membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma
Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkan di syurga
Untuk teman ketawa
Menangis bersama
Selama-lama..."


AL-FATIHAH buatmu...YOP.

Thursday, 5 December 2013

NOVEMBER.

Salam.

Dah lama benau rasanya tak updet cerita terkini dalam blog nih. Maklum ler,busy bebenor. Hehek. 

November kali ni sangat sweet bagi teman. Seriously. Eh, bukan november kali ni je sweet, before ni pun sweet jugak. Cumanya, kali ni rasa sesangat istimewa. Entah, teman pun tak tahu nak kabokan macam mana.

HAHA.

November kali ni sweet sebab :

- awal november hari tu, teman dipanggil oleh guru besar sra al-qurtubi untuk jadi cikgu ganti. memamg best weyh..SERIOUS. suasana kerja yang sangat mantop, ustazah-ustazah and ustaz-ustaz kat situ semua terbaik. walaupun kejap, ukhuwwah antara teman dengan deme semua tu yang paling berharga. tambah pulak sekolah tu betol-betol kat dalam masjid. dapat dengar azan, orang mengaji, dapat tengok orang nikah, sembahyangkan jenazah and paling best sekali bila setiap kali hari jumaat, teman buleh dengor orang baca khutbah. ya Allah, teman rindu benor suasana 'cantik' macam tu. 

-hari terakhir sebelum teman abes kerja kat qurtubi, sekolah ada buat hari anugerah cemerlang. seronok sangat sangat! hihihi. banyak kenangan manis kat qurtubi sebenarnya, tapi teman 'rajin' benor nak menaipnya. haha.

teman bersama-sama dengan fiza(tudung hijau), kaksyu, ust zaimi and ust syawal. kitorang yang pegang hamper tuh, telah ternobat sebagai ''jelitawan bertuah''. gitteww! :P

ni pulak gambo teman dengan kumpulan nasyid sekolah. nak dijadikan cerita, waktu meeting hari tuh, tetibe je ust rohaizat(guru besar sek) appoint teman tuk ngajo deme nasyid. tokojut teman! udah le lagi berapa hari je dah nak mula majlis, tp Alhamdulillah, teman berjaya jugae bimbing deme semer berlatih dengan jayanya. Syabas bete! :D

teman bersama2 dengan anak-anak 4 khaibar. deme ni bebijak semernye. tp ni antara yang terbaik.cenonet je deme kan? mana taknya, guru kelas deme tuh comel. hehek.


 - November kali ni sweet sebab :

18 november adelah tarikh teman convo. syukur Alhamdulillah, 6 tahun berhempas pulas, ketawa menangis, akhirnya, i am LLB holder. ALLAHUAKBAR! syukur. :')


 - November kali ni sweet sebab :

25 November adalah tarikh kelahiran teman. hehehehehehe


 -November kali ni sweet sebab :

30 November, tarikh kakngah convo. Her graduation day completed my November. And November teman kali ni, ending nya di kuala terengganu. So, bila dah balik terengganu tu, ape lagi yang teman carik, mestilah makanan feveret teman. hehehehe


THE END...

ALHAMDULILLAH. :')


P/S: act, banyak lagi cerita sweet in my november, but, i too 'rajin' nak type. hehek.

Friday, 18 October 2013

Kenapa aku takut K.U.C.I.N.G ???


ASSALAMUALAIKUM.


Hello! Today is jumaat, dah 'kahfi' belom? Kalo belom tu, silalah rajin-rajinkan diri tu ber'kahfi' ye. 

Hari ni, sementara duk tunggu jam 2.45pm, rasa rajin pulak nk type entry baru.Sekarang baru pukui 12.41 noon, ade lagi 2 jam lebih nak tunggu budak-budak mai sekolah agama. Yelah, tengah ada masa terluang ni, sambil-sambil menaip, boleh dengor tok khatib baca khutbah jumaat kat sejid ni. 

*************

Bila sebut aje kucing, mesti semua orang tahu cerita pasal Abu Hurairah kn? Alah, sahabat nabi kita yang suka dan cinta pada kucing tu. Nama Abu Hurairah tu pun, di beri sebab kecintaan dia pada kucinglah. 

Kalau nak tahu jugak, kucing ni pun haiwan kesayangan nabi Muhammad(saw). Nama kucing nabi was Muezza. Comel kan nama kucing baginda? hehe. Pernah satu hari, baginda nak amik jubah, tapi pada masa tu, muezza tengah tidur atas jubah baginda. Baginda sikit pun tak kacau muezza yang tengah tido tu, tapi baginda amik gunting dan potong bahagian jubah yang terkena pada tempat muezza tido tuh. Seeee??? Sweet kan bagindaaa!! *nanges terharu*  Banyak lagi sebenarnya cerita pasal kucing pada zaman rasulullah ni, kalo rajin, silakan baca di sini; kozumiro.

COMEL tak dek cenggg ???

Sebenornya, aku ni takdelah penakut sangat dengan kucing. Aku suka kucing. S.E.R.I.U.S aku memang suka kucing. Aku siap amik anak-anak kucing kat sekolah(SKKT) aku and bawak balik rumah sebab nak bela. Comel kot! Time tu, aku ada training tuk pertandingan ape ntah kat dalam bilik tayangan. Tengah duk training tulah, aku dengan kengkawan aku dengau bunyik anak kucing ngiau. Abes je training, kitorang carik keliling bilik tayangan, and then, jumpelah 2 3 ekor anak kucing. Kesian kot. Mak dia takdak waktu tu. Last-last, kitorang decide amik sorang sekor, bawak balik umah and jaga. Malangnya, mak aku tak kasik sebab masa aku kecik-kecik dulu, aku ada allergic yang amat terok. Makanya, kawan aku jelah yang jaga kucing tu dengan jayanya. Setiap kali aku lepak umah kawan aku tu, aku mesti 'lawat' si kucing tu sekali. Gemoknya mak aii, bulu dah cantik, dah pandai...pendek kata, sihat betol kucing tu bawah jagaan kawan aku! haha.


Sampai sekarang, aku still lagi suka kucing, tapi aku tak tahu kenapa aku takut benor dengan kucing. Oh ye, aku takut sebab kuku dia tajam and aku takut kena cakau. Satu lagi, aku takut kena gigit sebab gigi dia pun sama ah gak, tajam. Huhu.

Bagi aku, manusia-manusia yang suka dan sayangkan kucing ni very penyayang tau. Mana aku tahu? Mestilah aku tahu sebab memang terbukti dah pun pada diri baginda nabi Muhammad (saw). Kawan-kawan aku pun, memang rata-rata ramai yang ada bela kucing. Majoriti kot kawan-kawan aku memang bela kucing.

Contohnya :

imah ngan cemah . aku kena hati-hati banyak bila duduk lepak ngan dorang ni. sebab dorang suka nak bagi kucing kat aku sesuka hati dorang. aku takut!

haa, kat dalam gambar ni, semuanya memang bela kucing. lagi-lagi si yaya tuh. kucing dia, mak aaiiiii besor benor! dah macam teddy cat! tp serius besor bakhang!! haha


LINDA pun suka kucing. nama kucing dia garfield. haha





REASON AKU TAKUT?

Meh aku kaborkan. 
Nilah dia orang yang berjaya membuatkan aku takut dengan kucing....

 uncle lit aku.huh!

 Uncle lit, aku panggil dia lit je sebab dia lebih kurang baya aku je pun. hehek. Tengok tu pic dia. Penyayang kan?kan?kan? Eii, kalu aku..idok le berani nak buat cenggitu. haha. 

Dulu, setiap kali cuti sekolah, aku mesti akan balik bercuti kat kampong arwah nenek aku kat jasin. So, aku selalulah ikot nenek aku ke, makcik aku ke, pergi umah lit kat rim. Kat umah dia banyak kucing woii! 

Nak dijadikan cerita, si lit ni dapat hidu aku punya 'kelemahan' okayh. So, dengan beraninya, lit akan kejau aku dengan kekucing dia setiap kali aku pegi umah dia. Memang scary weyyy. Scary giler!

LIT JAHAAATTT! *tetibe*

Tulah sebab kenapa aku takut kucing. And aku masih ingat sampai sekarang muka lit sambil pegang kucing kejau aku. haha.

sombong giler muka kucing ni!the arrogant meoww. hahaha.

So, pada yang membela kucing, silakan menjaga kucing anda baik-baik okay. And paling penting, silalah jangan takutkan mereka-mereka yang takutkan kucing seperti aku. Kesian tau. harharhar.

Sebagai konklusi, korang semua memang sweet weyhhh!

HEHEK.

wassalam.





P/S :Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka. - See more at: http://kozumiro.blogspot.com/2012/08/kucing-haiwan-kesayangan-rasulullah-saw.html#sthash.gSd6JmoE.dpuf




Saturday, 12 October 2013

Backpacking @ Malacca.


as-SALAM.

Hey yaa!

*tetibe excited*

As we planned earlier, Alhamdulillah, we managed to go to Malacca for our first backpacking!!! Yahooooooo!!!

Dah lama pun sebenarnya plan nak bercuti ke Melaka dengan imah and cema. Baru ni haa, diberi kesempatan oleh Allah tuk sampai sana. We all kat sana for 3 days, 4okt-6okt 2013.

Syukur ALHAMDULILLAH.

Let the pics tell ya!

=)

DAY 1

dari rumah nak ke TBS den naik ktm je. ktm segambut - ktm bandar tasik selatan. den dengan cem naik bas transnasional. first time kot naik bus kat TBS tu. Serius macam airport. CANTEK weyy!

on the way ke melaka, si cemm sempat promote asam nih. SEDAP giler! hahaha


kitorang sampai kat melaka sentral around  12 noon if not mistaken. pastu kitorang naik bas panorama ke dataran pahlawan. murah je, rm1.90/person. masa tu we all dah macam 'forener' je sebab dalam bus tu penuh dgn korean ladies. hahaha. then, kitorang carik hotel yg kitorang da tempah before. punyalah melilau kitorang duk cari hotel ni, last2 dekat je dengan tempat kitorang turun bus! hampehhhh. dah sampai hotel ni, abg kaunter siap boleh bahan kitorang lak an..eh abg nih,sebbek abg COMEL!hahaha. btw, aku memang suka lepak kat hotel nih, simple and style. kena dengan jiwa aku.jiwa remaja.hehek


lepas dah lepak2, rehatkan diri, after asar, we start to jenjalan. and yeahh, kitorang jalan kaki je. ye ah, dekat je pun tempat jenjalan dengan hotel tu. memang terbaekk ah kan..hehek. first place kitorang pergi was taman next to mcD. den pun tak tau pe nama nama tu. yg den tau, kat situ de replika kapal terbang and keretapi.

Muzium ni kitorang tak masuk , just amik gambar dari luar je.  Macam beser, cemm jadi model aku. hehek
Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan. fyi, ni tempat aku main masa kecik2 dulu. kalau parents aku ade event kat sini, kitorang selalu la ikut. Best wo!
                         
Then, kitorang naik bukit st paul. macam beser, cemm jadik model aku ler. btw, cemm suka pic ni sebab macam kat oversea katanya.haha

view dari atas bukit. taken by cemm.
bukit st paul.

this pic taken in runtuhan bangunan portugis kat atas bukit st paul.
try to be creative!hehek
                               
bila dah puas menikmati keindahan alam ciptaan Allah kat atas bukit, we all decided to turun and berjalan ke tempat lain. and this pic taken near to the bangunan merah. disebabkan kaki dah mula lenguh(haha), kitorang lepak2 kat sini sampai lewat petang.
i was in canada yaww! eh, kat melaka je ler..


okayh, pic ni taken by cemm secara curi2. nampak tak kepenatan den kat situ???gambar di ambil ketika den tak bersedia.haha. lepas dah jenjalan satu bandar hilir, kitorang singgah Mahkota Parade jap tuk 'cuci mata' and makan2. Then, kitorang balik ke hotel and get ready tuk plan keesokannya.

DAY 2.


                                                     
 Here we are!!! first time jumpa cemm and imah after long holiday. excited weyyy! imah bwk den ngn cemm lepak2 and makan2 kat botanical garden. i love to be here ok!segar giler udara!


 
nampak tak keterujaan kitorang kat situ? haha. btw, yg comel kat belakang tu, cipah..adik imah.

 bekalan nasi lemak made by our imah. SEDAP woii! ''Nasi Lemak Lejen''.haha


gambar konyang.eheh.

 HEAVEN ON EARTH



 riadah di waktu petang. =)

 "ABANG BECA, ABANG BECA DITENGAH JALAN...." *tak ingat lirik*

 coconut shake ni memang NICE doh. patut ah pun Q panjang giler.


we all naik Malacca Cruise. BEST! after that, kitorang ke Dataran Pahlawan tuk our midnight movie.


DAY 3.

Hari ni adalah hari terakhir kitorang kat Melaka. Tiket bas kitorang beli on the spot je kat area masjid tanah.

 our last pic together in Malacca. Bye abg comel! ='(

 before balik umah imah, imah bawak kitorang brekfes dekat kedai makan pakcik 'ramah'.haha.nampak tak kegelojohan den kat situ?haha

 umah imah best giler do. kampong habes!aku memang suka suasana yang tenang dan permai. rindu betol aku pada suasana rumah arwah nenek aku kat jasin tu. huhuk

 after brekfes, imah bawak kitorang lepak2 dekat pantai pengkalan balak.


SELAMAT TINGGAL MELAKA!


P/S : insyaALLAH, our next backpacking will be in......RAHSIA! haha.

Wednesday, 25 September 2013

Dear YAYA.

Hello!

This is my friend, yaya.

her name is Nur Athirah Bt Sabandi.



Yaya baru saja 'short call' pagi tadi. And yeahh, she nailed it!

Yaya, these wise words are for you ! ;)



InsyaALLAH, i will always be with you my friend !

Love you !
xoxo



Diari Cinta Aku(part 2)

Bismillah. Hai diary, we meet again. Part 2 still lagi kisah cinta aku di matriks. Tapi aku sendiri pun tak tahu nak declare ini sebagai...