Sunday, 14 October 2012

CINTA

BISMILLAH.


Salam.

Bila kita berbicara tentang cinta, semua orang termasuk aku akan jadi 'excited' secara tiba-tiba. Dan betul, ini adalah fakta, bukan rekaan mahupun mainan.

Today, aku nak share a story about my friend.

Her story;
[[ Dulu, aku pernah punya kekasih hati.Tapi semuanya hanya tinggal sejarah kerana cinta 
mereka tidak pernah jelas malah cinta mereka sering buat aku alpa dan lalai bahawa ada 
cinta yang lebih murni lagi agung untuk aku. Once, aku pernah lakukan sesuatu yang tak
sepatutnya dibuat oleh aku yang tahu bahawa perkara itu tidak sepatutnya aku buat. 
Kadang-kadang, aku terfikir dan bertanya diriku sendiri, "kenapa aku mesti berkelakuan 
begitu?" Dan ya, aku lemah dan tidak berdaya menjauh.Aku sedih, menangis merenung 
nasib diri."Kenapa mereka yang bergelar kekasih tidak membantu aku untuk jadi kuat, kuat
untuk menghindar itu semua?ALLAH,hanya kau yang mampu dan selayaknya untuk 
menjaga aku."
Kini, hidup aku lebih tenang dengan cinta DIA. Aku bersyukur, terlalu bersyukur kerana 
DIA masih menyayangi aku yang kerdil disisinya.Aku bersyukur kerana DIA masih 
bersamaku walau aku pernah melupakanNYA suatu masa dahulu. DIA juga masih 
memberikan sesuatu yang tidak pernah aku sangka walaupun aku pernah melakukan 
sesuatu yang tidak disukaiNYA waktu dulu. Dan kini, DIA telah kurniakan aku seorang 
yang menyayangi dan mencintaiku seikhlas hati semata-mata hanya kerana DIA, yang 
sentiasa mengingatkanku padaNYA bila mana aku mula leka, yang sentiasa berusaha
untuk menjauhkan aku daripada sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan.          ALHAMDULILLAH,aku bersyukur.Moga pengakhirannya yang baik, juga diredhai. ]]

Dan aku..?
Aku hanya mahu jadi yang baik.HambaNYA yang baik, anak yang baik, kakak yang baik, kawan yang baik dan seorang isteri yang baik. Itu harapan aku. Semoga dipermudahkan urusanku ukhrowi dan duniawi.

sungguh, aku tidak mahu seperti ini.






aku hanya mahu jadi seperti ini.

p/s : buat kau diluar sana, aku biarkan ALLAH menjagamu. Bila tiba saatnya dan kita berjodoh, kita akan bersama.

No comments:

Post a Comment

Diari Cinta Aku(part 2)

Bismillah. Hai diary, we meet again. Part 2 still lagi kisah cinta aku di matriks. Tapi aku sendiri pun tak tahu nak declare ini sebagai...