BISMILLAH.
KAMU.
Lama dia tidak tahu akan hal kamu.
Sihatkah kamu? Baikkah kamu? Study kamu?
Kerja kamu?
Tunggu dia.
Senyap..hanya sunyi..itu saja...
Terkadang tidak enak fikir,
tapi tetap cuba dia menjauh fikiran itu..
Apakan daya, dia hanya seorang wanita.
Yang punya hanya satu akal..akal ciptaan TUHAN kamu dan dia...
Kamu..dia bersalahkah padamu?
Apa saja yang telah dia buat padamu hingga kamu senyap begitu saja..?
Jika dia salah, tegur dia.
Mungkin dia tidak sedar.
Maklum, dia juga hanya manusia biasa.
Aku?
Aku cuma mahu cerita hati dia pada kamu..
Tentang rasa dia.
Rasa hati dia.
Jauh jarak kamu..dia.
Jauh itu tiada salah bagi dia.
Selagi ada khabar kamu, cerita kamu,
Sudah buat dia bahagia...rasa dipunya.
Mengapa kamu?
Diam tiada kata, malah berita.
Kamu tidak mahu mengganggu dia? Kerana apa?
Kerana exam..?
Kamu..dia itu seorang perempuan.
Perempuan yang dicipta TUHAN lembut hatinya..mahukan perhatian, apa lagi kasih sayang..dari kamu.
Ya, dari kamu yang katamu dulu dia kau cinta.
Dia punya seribu macam cerita.
Cerita sedih, suka.
Yang ingin dia cerita..kongsi pada kamu.
Tapi,
Dia simpan,pendam semua.
Simpan seorang..pendam hati.
Kamu.
Jangan biar dia lupa dia ada kamu.
Jangan biar dia lupa dia itu punya kamu.
Jangan biar dia rasa kamu jauh.
Jangan biar hati dia mula rasa tawar..jauh..akhirnya tutup.
Aku sedih.
Aku rasa.
Aku faham.
Kerna,
Apa dia rasa itu aku rasa.
Kerana rasaku dan rasa dia adalah satu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Diari Cinta Aku(part 2)
Bismillah. Hai diary, we meet again. Part 2 still lagi kisah cinta aku di matriks. Tapi aku sendiri pun tak tahu nak declare ini sebagai...
-
BISMILLAH. Hey diary! Today aku nak cerita pasal dua benda kat atas tuh. Firstly, Tahu ape itu ' Gelipet '?...
-
Ku pilih hatimu tak ada ku ragu Mencintamu adalah hal yang terindah Dalam hidupku sayang Kau detak jantung hatiku Setiap nafasku hembus...
-
BISMILLAH. Okay, i do not know why i become too 'emosi' today. Maybe my 'bendera merah' will come tak lama lagi or ...

No comments:
Post a Comment