Friday, 6 December 2013

Lelaki Itu.

Salam.

   Malam ini, sejuk. Maklumlah, malaysia sekarang bermusim hujan. 

   Malam ini terasa benar hati aku mahu mencoret serba sedikit tentang seseorang.

   Seseorang yang sungguh istimewa dalam hati aku. Ya, seseorang itu adalah insan yang sudah lama aku rindu. Rindu yang paling dalam sudut hati aku. Dan seseorang itu adalah dia, lelaki itu.

YOP.

   Setiap kali aku meletakkan status YOP di laman 'mukabuku' ku mahupun 'kercipan', pasti ada yang bertanya;

"Siapa YOP?''
"Is he your BF?''

Blablablabla.

Dan ini jawapanku..,

   YOP, sepupu aku yang paling rapat dengan aku. Satu-satunya lelaki yang dekat benar dengan hati dan diri aku. Kami akrab sejak kami kecil. Banyak memori manis aku dan YOP yang tak mungkin aku nukilkan disini. Dan memori itu akan tetap terpahat di hati, minda dan mataku sampai bila-bila.

   YOP pergi menemui yang Maha Cinta sudah lama. Kira-kira 18 tahun yang lepas. Kini, tiada yang sama seperti YOP. Dan sungguh, YOP tiada dua bagi aku.


gambar aku dan sepupu-sepupuku yang lain. aku sendiri tidak tahu dan tidak ingat bila gambar ini diambil oleh ibu saudaraku, cikla. itu, di dalam bulatan itu adalah aku dan yop.


raya terakhir dan gambar terakhir aku bersama yop.  hari terakhir yop memimpin tanganku ke surau untuk solat sunat hari raya. Allah, sebak hati aku dibuatnya. gambar ini diambil seolah-olah mengetahui yop akan meninggalkan aku buat selama-lamanya.

   Cukup sampai disini aku nukilkan tentang YOP, si kekasih hati aku. Dan memori itu, akan terus dan tetap mekar dalam hati aku.


"Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalau dah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal ku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesunyian
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hati mu membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma
Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkan di syurga
Untuk teman ketawa
Menangis bersama
Selama-lama..."


AL-FATIHAH buatmu...YOP.

No comments:

Post a Comment

Diari Cinta Aku(part 2)

Bismillah. Hai diary, we meet again. Part 2 still lagi kisah cinta aku di matriks. Tapi aku sendiri pun tak tahu nak declare ini sebagai...