Sayangku BULAN,
Mungkin ini warkah yang terakhir dari aku untukmu yang jauh disana. Dan ini mungkin juga luahan hati aku yang terakhir buat kamu.
BULAN,
Memang aku bersedih atas apa yang terjadi. Pastinya aku sangat terkilan dan juga kecewa hingga hati ini benar-benar tawar dan seakan tertutup untuk mana-mana pria yang berada diluar sana. Sakit sungguh rasanya, hatiku masih lagi terasa pedihnya. Tidak mengapalah wahai BULAN, aku terima segala ketentuanNYA dengan redha dan syukur kerana aku tahu, apa yang terjadi ini sememangnya kehendak DIA yang MAHA CINTA.
BULAN,
Pintaku, jika akan datang kau ingin punya satu hubungan yang indah dan ingin cinta seseorang yang kau suka dan cintai, berterus teranglah pada kedua orang tuamu. Kerana aku tidak mahu perkara yang sama berulang kembali padamu. Jadilah seorang pria yang berani. Berani dalam berterus terang agar natijahnya indah dikemudian hari. Kerna begitulah yang aku lakukan pada diriku. Aku berterus terang dengan kedua orang tuaku sejak mulanya kita bersahabat. Ya, aku sudahpun berterus terang dengan mereka tentang aku dan kamu kerana aku tidak mahu berlaku perkara yang sedang berlaku pada dirimu itu. Tidak mengapalah BULAN, ikut sahajalah kata-kata mereka itu kerana redhanya DIA, adalah redanya kedua orang tuamu itu. Padaku, kedua orang tuaku sudah pun merestui hubungan aku dan kamu. Namun, perhubungan itu tidaklah sampai ke hujungnya kerana sebab musababnya hanya kau dan keluarga kau sahaja yang tahu. Biarlah...biarlah ia jadi rahsia kau dan mereka sahaja.
BULAN,
Telah kutakan padamu sebelum ini bahawa aku tidak akan pernah menjadi orang lain bila aku bersamamu atau sesiapa sahaja. Kerna bagiku, kejujuran amat penting dalam sesuatu hubungan. Aku tidak mahu terpaksa menjadi baik walhal aku adalah aku. Makanya, apa yang kau nampak aku dan kata-kata ku di'lapangan' itu, sememangnya aku.
BULAN,
Wassalam.
Sang Perindu BULAN...,
BINTANG...


No comments:
Post a Comment