Monday, 6 May 2013

DOA YANG TELAH LEPAS...



Dulu, 
Kau di atas, aku di bawah
Kau ketawa, aku menangis
Kau disanjung, aku dimalukan
Dimalukan?
Kerna apa?
Kerna warna kainku adalah hijau
Hijau?
Ya, kau samakan kain hijau aku dengan politik
Aku dimalukan, ditertawakan
Hanya kerna kain aku berwarna hijau
Mana rasa kemanusiaan kau?
Mana rasa kasihan kau?
Tegar kau hanya ketawa
tiada ehsan mahu melindungi aku dan mereka
Tiada apa yang mampu aku buat ketika itu
Mahu bersuara, aku tiada hak
Mahu melawan, aku dan mereka hanya minoriti
Maka,
Hanya doa mampu kuatkan aku
Kuat untuk ejekan, tohmahan dan ketawa
Hari ini,
Kau sudah di bawah
Kau telah kalah
Bukan kerna dendam kesumat
Tapi kerna doa aku yang telah lepas...!



p/s: tok ali.



No comments:

Post a Comment

Diari Cinta Aku(part 2)

Bismillah. Hai diary, we meet again. Part 2 still lagi kisah cinta aku di matriks. Tapi aku sendiri pun tak tahu nak declare ini sebagai...