Tuesday, 17 September 2013

Preparation for a simple wedding!

SALAM.

Pa habaq suma ? Hari ni cek nak kongsi a wedding preparation yg cek share dr sorang blogger nih. Baguih naa dia kongsi benda2 macam nih. Senang kan hangpa suma yang duk busy nak kawen tuh. Meh sini tengok pa yang blogger tuh dah buat masa wedding dia. Moh kita cekidaut!


kaklong aku tunang. amik berkat yaww..hahaha
****************************



What makes a PERFECT WEDDING?

Ada Pengantin lelaki dan perempuan, Family, Wali, Juru nikah, Akad Ijab dan kabul, dan Mas kahwin
Cukup da syarat sebuah perkahwinan yang lengkap.


Fakta dan Saranan Penting!
1.Majlis yang paling wajib yang membuatkan kita HALAL sebagai pasangan kekasih dunia akhirat ni ialah, AKAD NIKAH. Ijab Kabul.

2. Bagi yang ada dan belum ada calon, ada saranan. Mulailah simpan duit untuk majlis sendiri sejak berusia 19tahun. Adakanlah duit sendiri supaya boleh meringankan beban parents anda. Tak perlulah dorang keluar duit 100% untuk majlis perkahwinan korang. 
Kalau sendiri 100% tanggung majlis sendiri pon lebih baik!

3.Cari duit hantaran dengan duit sendiri. Jangan duit hantaran pon nak pakai duit parents. Malu!

4.Bagi pihak  perempuan. Tak perlu BEBANI BAKAL SUAMI!
Tidak salah untuk memohon daripada bakal suami, wang hantaran sekadar yang dia mampu.
Tak perlu sampai berbelas dan berpuluh ribu.
Sebenarnya,apa yang nak dimalukan? kita serta keluarga takkan jatuh maruah.
Cuba fikir semula.
Duit hantaran yang kita minta-minta ni, untuk tanggung majlis pihak kita k? Habis pihak dia macam mana?Atau nak bersaing dengan orang lain? Ataupun duit hantaran tu memang kita letak sebab ikut harga pasaran?

If parents kita yang letakkan harga duit hantaran pada bakal suami, mulai harini, jom berbincang dengan mereka, kita sebolehnya, tak nak bebankan bakal suami. Mohon mereka faham, and cakap, kalau boleh, biarlah mereka beri berapa banyak pun yang mereka mampu. TAK KISAH.

**Prof Muhaya pernah cakap, bayangkan kalau kita minta bukan-bukan harini, kita akan ada anak lelaki kan? Imaginela, Allah balas kita berhadapan denagn situasi pihak perempuan yang  meminta lebih teruk daripada apa yang kita pernah buat dulu**

5.Majlis nikah dan jamuan makan tu kejap sahaja~
Kehidupan selepas majlis kahwin itu lebih penting. Kene prepare mental and pegang tanggungjawab  betul-betul.

6. Pergi kursus kahwin awal. Aku pergi kursus kahwin masa zaman belajar kat U dulu. Pergi di zaman single pon boleh.Tak payah tunggu ada pasangan baru nak pergi.

7.Jangan pedulikan apa KATA ORANG! YANG SUKA CAKAP BUKAN-BUKAN, MENYIBUK DAN NEGATIF.

*pegang falsafah hidup ni.:
Jangan suka susahkan orang . Kalau kita bantu untuk memudahkan kehidupan orang lain, Allah akan mudahkan URUSAN KEHIDUPAN kita.

Mental kene kuat:
Minta dan doa banyak supaya majlis berjalan lancar, makanan cukup dan tidak terlalu berlebih, tetamu puas hati. Dan semua orang yang terlibat sihat walaafiat.

Ketahuilah
Kita kahwin, biarlah pada kadar yang kita mampu.
Tak perlu berlebih-lebihan. 
Apetah lagi sampai ke tahap membazir, sampai tahap, tak menang membeli , terpaksa berhutang-hutang untuk menunjuk.

Parents
Ada parents yang rasa handling their children weddings are their responsibilities.
Memang selalunya, anak-anak nak meniti hari bahagia, PARENTS ialah individu utama dan paling busy buat preparation.
Nampak bahagia pulak tu buat benda yang remeh temeh, walaupun sampai menyusahkan diri .

Pada aku, bakal pengantin kene Bare IN Their Mind, Status RAJA cuma sehari.
Bukan berhari-hari.
Kita yang nak kahwin, kita kene ambil tahu dan ambil peduli arrangement majlis.
Jangan sampai tahap, kita cuma sarung baju pengantin je.
Family lain? Bermati-matian untuk atur dan berkemas segala

Pengalaman
Tahun aku bernikah ialah pada 2011.
Di sebabkan hal perkahwinan banyak aku yang arrange sendiri.
Jadi nak share tak banyak sikit pengalaman.
Mungkin apa yang aku pernah plan ni, boleh diambil dan buat rujukan.

Peranan
Wedding planner: Aku!
Individu UTAMA: Bakal pengantin (Aku and abang!)
Ketua keluarga: Mak, wan dan atuk
Orang super kuat: Adik beradik
Orang yang akan mainkan peranan masa majlis berlangsung  (support person): Relatives

Aku impikan a simple well planned wedding.
Biarpun tarikh perkahwinan dan masa persiapan suntuk, its ok.
Contohnya macam kes aku, abang and family datang berbincangh tarikh kahwin dengan family aku, akhir bulan 6.
And aku kahwin 3 September. -.-“
Well arrange wedding lebih penting daripada majlis yang mewah, berlebih-lebihan, dan membazir.

Dan satu lagi tak nak kelam kabut. Aku tak nak aku kahwin, aku menggelabah lebih-lebih.
Dan orang penting aku tak take part.
At the end, masa majlis sume benda  tak kene. Ni takde, ni tak settle, ni tak jumpa.
Ini penting! Untuk jaga maruah dan air muka parents.

5tahun sebelum  aku berkahwin
Aku da list down dalam note book 100% keperluan untuk majlis.
Aku visualise aku sendiri as parents yang nak handle majlis perkahwinan anak.

Lebih particular
Off course kene ambil tahu semua perkara.
Daripada hal yang kecik-kecik sampai hal yang besar.

Lebih dekat ke hari majlis, lebih particular To do list aku.
Bermula sebulanà3 mingguà2 minggu
Dan daily countdown mulai hari ke-7  sampai ke hari langsung.

Ianya supaya aku tak tertinggal benda-benda kecik yang membuatkan majlis aku tunggang langgang.
Serius, ianya banyak membantu. 
Hidup teratur dan dapat kurang stress! 
And more satisfied!

Aku urus majlis aku sendiri atas dasar tanggungjawab untuk memudahkan mak, wan and adik beradik.
Sebab nak bagi mak dan family senang.
Boleh tarik nafas. Lebih banyak masa rehat.

Dan dalam msa yang sama, tak tinggalkan peranan mereka sebagai orang tua.

Aku memang plan ikut kehendak aku, dengan niat dihati untuk mudahkan mereka.
Lepas aku plan, aku bincang dengan mak, bincang dengan wan. Atuk , aku biar rilex.
Bukan apa, supaya se’kepala’. 
And they’re well aware about the arrangement.
And mostly, they play important role as my advisers.

Tahu setiap perkara,jadual dan certain people yang taking part penting sepanjang majlis nanti.
It makes them feel important and happy, aku pon happy. Tak da sapa akan kecik-kecik hati.

Lagi-lagi pulak majlis kahwin aku berlangsung pada 5 Syawal.
Diorang akan jadi super penat dan super busy due to the doubled events.
Masa orang lain tengah syok beraya, aku bersiap-siap untuk hari penting.
Majlis aku jadi macam open house family besar!

Kahwin memang seronok. But, kene tahu yang kahwin ni sekejap je.

                                          List YEAY AKU DA NAK KAHWIN!

Nama Bakal suami :                                                     Nama bakal isteri:
Umur                       :                                                     Umur                      :
Profession               :                                                     Profession             :

Tarikh nikah:                                                                Tarikah majlis       :

Lokasi Majlis
Tempat  nikah
Rumah atau Masjid
Tempat majlis kahwin
Rumah , dewan
1 hari majlis
Pagi nikah. Tengahari walimah
2 hari majlis
NIkah dan walimah berlainan hari.
(NIkah lebih awal. Mungkin sehari atau seminggu sebelum majlis)

Apa yang kene ada dalam list persiapan?

No
Perkara and aktiviti
Budget RM
     Done

A.      Bakal pengantin


1
Kursus kahwin


2
Pergi pejabat agama dapatkan borang nikah


3
Dokumen kahwin checkup HIV/Aids dan sebagainya


4
Photographer


5
Cincin/gelang  kahwin


6
Mas Kahwin


7
Wang hantaran


8
Baju nikah
Bakal Suami:
Songkok/Kupiah/serban
Inner shirt
Baju melayu/jubah
Kain samping
Stokin/Kasut

Bakal Isteri:
Baju
Tudung, anak tudung, keronsang, pin
Veil.
Kasut/stoking.



9
Baju majlis (sama ada tukar atau pakai baju yang sama masa nikah)

Suami:
Baju
Inner shirt
Tanjak/songkok/keris/kain samping
Kasut and stoking

Isteri:
Baju
Tudung/anak tudung/kerongsang/pin
Veil
Kasut/stoking



10
Make up
Nikah:
Make up sendiri, atau

Majlis:
Juru solek



11
Inai


12
Bunga tangan:
Bunga hidup
Bunga tiruan



B. Honeymoon


1
Local atau international


2
Tak perlu honeymoon



C.      Hadiah hantaran
(Boleh dilakukan sendiri atau minta bantuan atau upah orang lain)


1
Hadiah
List down sendiri:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.


2
Dulang


3
Bunga
Bunga tiruan
Bunga hidup (Bunga, span basah/aluminium foil)


4
Hiasan
Riben
Gun glue/tape/stapler
Gunting




D.Persiapan bilik pengantin


1
Cadar baru


2
Bantal


3
Langsir


4
Towel baru pasangan


5
Toiletteris
Berus gigi baru pasangan
Sabun and shampoo


6
Sejadah


7
Hanger


8
Pewangi bilik
Bunga rampai
 - Daun pandan
 - Kelopak bunga warna warni dan wangi
 - Minyak wangi
 - pisau blade atau gunting

Pewangi beli



9
Alas kaki



          E.Tetamu


1
Kad kahwin
Jumlah tetamu:

Jumlah Kad :
(selalunya kalau jumlah tetamu 1000 orang, 400 kad sudah cukup)

Setem




                                 F. Doorgift


1
Hadiah untuk tetamu dewasa
Jumlah:

Hadiah untuk kanak-kanak
Jumlah:



2
Kotak atau bekas doorgift



G.Makanan dan minuman


1
Nikah:

Makan berat
Kuih muih
Air minuman: Teh atau kopi
Tissue
Bekas minum/cawan/pinggan/sudu

Jumlah tetamu:



H.Majlis


1
Katering/masak sendiri


2
Kuih muih/ dessert


3
PA system



I.Untuk hadiah pihak sebelah


1
Kuih: Dodol or wajik







J.Bunga manggar
Aku buat beli bunga manggar untuk letak pada papan tanda sahaja.



k.Nama dan papan nama
Print out Nama
Photostate
Laminate
Kayu (untuk pacak)


*Ini list yang aku buat. Letakkan budget korang k~


*********************************************************

amacam hangpa suma? baguih kan plan nih. So, moh kita plan bebaik naa!sampai sini ja cek buleh share ngan hangpa suma.see you soon naa!

amik berkat org kawen..gitteww..hahaha


No comments:

Post a Comment

Diari Cinta Aku(part 2)

Bismillah. Hai diary, we meet again. Part 2 still lagi kisah cinta aku di matriks. Tapi aku sendiri pun tak tahu nak declare ini sebagai...